Tuesday, June 7, 2016

What does the fox say? FoXToWN vs SerRAvALLE

Hari terakhir di Milan membawa kami ke Foxtown, sempadan antara Milan dan Mendrisio, Switzerland. Merasa la masuk Switzerland kan. Perjalanan dari Milan ke sini lebih kurang sejam dengan kereta. Cuaca bagus, langit cerah and pemandangan memang superb.. kat sini boleh jumpa pelbagai brands like Armani, Bally, Clarks, Burberry, Dockers, Fendi, Furla and banyak lagi. It is indoor and takde la besar sangat.
 





 
Aku tak shopping pape jamu mata je cuma temankan orang beli Prada..huhu..nanges tepi bucu katil jelah mampu tengok tak mampu beli..
 
Afer few hours, kami berangkat pulak ke another factory outlet called Serravalle yang mengambil masa dalam 2 jam jugak nk sampai dari Foxtown nie..
 
Segala penat lelah hilang bila sampai...hahaha, dramatik tak? Sebabnya dia adalah kawasan outdoor yang sangat luas and banyak giler brand outlets. Kami masuk satu persatu of course those designer handbags nye kedai dan berjaya membeli beg Furla for myself.
 


Aku jugak terpaksa beli cover bag cap Samsonite sebab zip luggage aku patah masa dekat Oslo hari tu..xpasal2 je..
 
Malamnye kami singgah makan di kedai Malaysian Chinese restaurant and pengsan after that..
 
**********************************************************************************

Esoknya early morning kami check out untuk penerbangan pulang ke Malaysia via Paris. Almost 2 weeks aku di perantauan dengan Datin, who kadang2 treat aku cam anak dia je and sesekali je kuar dia nye kuasa veto (macam kena paksa amek gambar dekat spot sama dia ambil).. hahaha
 
Apapun, terima kasih banyak Mr AK and Kak Shasha for your hospitality and till we meet again.. grazie.. and for Datin, u'r always 'one of its kind' and I salute you for your dedication and your energy. You had led us by example. I pray for your health and speedy recovery (err.. yang nie cite kat lain)..



Right before departure to the airport
 
Arrivederci or ciao! Thank you for this memorable experience and great companion, Milan!

Venice oh Venezia.. kota terapung yang tenggelam!

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
Sebut je Venice sure terbayangkan gondola and I was lucky that we managed to come here at the end of our trip. it takes about 3-hour drive from Milan to Venice. Memang perjalanan yang panjang and kami cuma berenti di petrol stations to get some snacks and of course coffee for me.
 
 
My first impression - hurmmm..nie ke Venice..yang digembar gembur and selalu been featured in movies.. wallaweh ramai giler manusia kat sini.. ada satu jambatan besar menghubungkan ke Venice and dekat sini boleh nampak concierge tengah mengangkut beg2 luggage para tourists. Memang hassle and pikir 2,3 kali juga kalau nak menginap di sini sebab macam payah je nak mengangkut barang and kalau ada anak kecik bagai.
 
Venice nie terdiri daripada lebih 100 kepulauan dan ada banyak jambatan2 kecik yang menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Venice menerima lebih kurang 20 juta pelancong setiap tahun.. amazing, huh? Ramai gak orang Malaysia yang datang sini and aku bumped into cew couples and students.. bagus adik students tue dari jauh dia nampak kitaorang dan mai tegoq and salam.. bukan macam sesetengah perangai orang Melayu kita kalau jumpa kat oversea bukan main ek lagi dia..
 
 
 
 
 
 
Pokok zaitun kat tepi2 jalan je
 
Macam dalam cite The Tourist lak
 
Kami menaiki bot ke Pulau Murano yang terkenal dengan perusahaan kaca.. ala, korang ingat tak masa kecik2 dulu mak2 kita ada barang perhiasan kaca warna warni pelbagai bentuk tue? masa kecik dulu manela tau namanya murano.. dari Italy lagi kau.. kalau ikut nafsu shopping aku memang la nak beli tapi piker leceh nak angkut turun naik kapal terbang aku diam jelah..
 
Murano glasses gambar ehsan e-bay
 

Kat sini juga femes untuk pembuatan lace and boleh didapati di Pulau Burano. Kat sini ade perkhidmatan bot, water taxi dsb. just beli tiket yang valid untuk 24 jam bagi memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.







lambaian Ratu



Kami kemudiannya menaiki bot sekali lagi menuju ke Piazza San Marco (St Marks's Square). Seterusnya biarlah gambar sahaja yang berbicara kerana kat sini memang banyak jalan and lorong2 kecil..kalau xbiasa, gerenti leh sesat.. 

















Next stop kami benti makan! oo la la.. perut lapor and mula la nak order macam2.. kami stat dengan salad and seafood platter and masing2 pilih pasta except for my colleague yang pilih catch of the day! nah amek kau ikan sekor tp dia siap hidangkan dekat meja..


seafood platter

I opt for this seafood aglio olio


Datin's fettucini with lobster..ha, amek kau

I think it's snapper
Pas makan, kami pegi beli handbag leather and some t-shirts for my kids. Not forgotten, some mask fridge magnet utk kawan2 di opis. Kami juga sempat singgah di Hard Rock café Venice untuk collection.

 
Gondola ride just opposite of Hard Rock cafe
 
Kalau di Venice nie, kira tak lengkap la perjalanan kalau tak naik Gondola.. memandangkan masa yang ada cuma singkat, I'll save for my future visit. Abang2 yang bawak Gondola nie leh tahan sado and kalau naseb malang dapatla yang tua..hahaha.. memang ramai pelancong yang tak melepaskan peluang bergondola especially Chinese tourist memang riuh rendah drg nie.. aku? dapat 'gondol' je.. nak naik nie memang mahal.. it cost you about 50 Euro and the ride is about for 35 mins. xpe, doakan saya by the age of 40-50 esok dah kaya sket bulehla datang ber'honeymoon' dengan en somi kat sini..
 
Kami berangkat pulang menjelang senja.. memang tak puas explore.. kalau nak you have to stay overnight sebab memang ada banyak tempat untuk dilawati dan diterokai.
 
Venice or venezia.. kota lama yang penuh romantik.. dikelilingi air dan adakalanya aku berimaginasi sekiranya air pasang tinggi hingga mampu menenggelamkan kota ini, mana mau lari??

Milan Expo 2015

Alhamdulillah.. rezeki ayam nampak di kaki.. rezeki orang dapat pegi Milan..
Masa kami sampai tue cuaca panas terik.. dahla pakai baju tebal sebab expect macam sejuk tapi wa kena beb..
 
 
Yeay..I'm here for Milan Expo 2015. Milan Expo nie berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2015 dengan temanya kali ini, 'Feeding the Planet, Energy for Life'.
 
 
Pavilion Malaysia diterajui oleh MITI and design pulak dari renown Malaysian architectural firm which is Hijjaz kasturi.. memang superb design dia dari luar.. tapi dekat dalam... hurm, banyak yang kena improve.. makanan yang dijual di café pon xberapa semenggah..
 
Well, ni konsep untuk Malaysia Pavilion:
 
Theme "Towards a Sustainable Food Ecosystem"
 
The Concept
Malaysia’s theme of participation is designed to harmonize with the efforts of Expo Milano 2015 in addressing the complex and universal question of food, from an historical, cultural, anthropological, medical, technical, scientific, economic and ecological perspective.

In its 2,047 square-meter pavilion, which is both traditional and innovative in design, it illustrates, from seed to table, the National Key Economic Area Agriculture system, the program that is transforming agriculture on a small scale in a key area of the country’s economic development.

The experience of Malaysia as one of the 17 mega-diverse areas of the world, with its rich cultural heritage and high quality halal food, is made available to all visitors in perfect equilibrium with the aims of Expo Milano 2015.
 
As a participant it aims to demonstrate that high-value, sustainable agriculture can alleviate poverty, promote private investment and address the ecological issues related to food production. Science, innovation, food, culture and cooperation are all themes that come together during a visit to the Malaysian pavilion, complete with graphic and interactive materials and multimedia. A Café and restaurant complete the visit.







 
 
Dekat luar memang ramai orang beratur nak masuk pavilion kita nie.. tapi bila dah masuk rasa macam caca marba plak.. sebab suma menda kita nak cerita which is bagi aku xde pengkhususan dengan tema. Walau macam mana pon, aku nk ucapkan terima kasih kepada pegawai pegawai MITI yang melayan kami dengan baik semasa lawatan ini.
 
Next, kami melawat Thai Pavilion.. memang jauh berbeza.. derang siap tanam sawah padi weh kat luar pavilion dia..



dan kat dalam kami masuk ke auditorium yang menayangkan kisah Raja Siam yang banyak membantu industri pertanian especially on beras/padi nie.. memang dalam hati ada tersentuh sket..
 


Memang menarik.. kami siap dijamu dengan air botol fruit juice Thai and derang pon ada jual produk2 makanan (packed food) dari Thailand untuk orang ramai.
 
Next kami ke Pavilion Korea.. memang superb technology yang dipakai. memang pada aku kena la dengan tema dia.







Nie plak stall2 dekat luar kawasan pavilion. Ada banyak country yang participate and kami tak cukup masa untuk melawat..koman2 pon kena spend 3 days dekat sini..




Malamnya kami check in ke hotel. bilik aku agak scary. Ada frame besar gambar pompuan ngah naik buai. apa yang aku buat ialah mengiring tido sebelah je tak kalih2.. seram weh!
  


pemandangan luar bilik..nyaman je
The interior design
 
Nie mini library dekat coffe house dia..banyak buku



Malamnya kami bergerak ke Milan city and makan dekat one of the restaurants yang teramatlah sedap food dia.. gambar xamek sebab gelap.. Oh ya kat sini ramai Mat-Mat Bangla akan approach kau jual bunga ros.. jangan terpedaya ok?
 
Pas makan kami berjalan2 sekitar Milan Cathedral atau lebih dikenali sebagai Duomo. Yang menariknya, this Gothic cathedral took nearly six centuries to complete. Again, sila berhati2 dengan penjual2 sekitar sini. Derang jual macam2 dari tripod stick, hand fan, shawl, souvenirs and macam-macam lagi. Kuatkan iman, jangan beli pape..hahaha.. Nampak tak mamat kat belakang aku pakai baju hijau tue,, dia tunggu je nak approach tourists dekat situ..





Malamnya balik rehat and esok nak kena keluar pagi2 alam.. ke mana plak tue?